Denaihati.com

Bersama Di Hari Raya - Ainan Tasneem

Thursday 1 August 2013
Berbaju baru busana indah
Berseri-seri di pagi raya
Bersama keluarga oh penuh meriah
Di pagi hari raya

Bermaaf-maafan di antara kita
Bagi mengeratkan hubungan sesama
Yang jauh yang dekat sama sahaja
Menyambut hari raya


(korus)
Ibu ayah kakak adik dan abang
Gelak ketawa menyambut hari raya
Sanak-saudara turut serta bersama
Bagi memeriahkan lagi hari raya

Mengunjungi rumah tetangga di hari raya
Berbekalkan niat yang ikhlas kita bersama
Ampunkanlah segala dosa maaf zahir dan batin
Oh, di hari raya

(ulang korus)

Berbaju baru busana indah
Berseri-seri di pagi raya
Bersama keluarga oh penuh meriah
Di pagi hari raya

Bermaaf-maafan di antara kita
Bagi mengeratkan hubungan sesama
Yang jauh yang dekat sama sahaja
Menyambut hari raya

Oh, hari raya
Hari raya...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...